mari kita
mulakan minggu ini dengan membaca cerita panjang lebar mengenai multivitamin
hebat ini..
Vita-Lea® Iron
Formula
Multivitamin
& Multimineral
Multi yang
Hebat
Makanan
tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang
mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral
penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi
lebih nutrien, tenaga dan perlindungan.
Pakar
kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian
bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan
makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang.
Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal
serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan
harian, Vita Lea boleh:
- Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
- Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
- Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
- Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Perbezaan
Shaklee
Kemajuan
Saintifik
- Disokong oleh tujuh kajian klinikal
Mengandungi
Sistem Penyerapan Bioaktif
- Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
Kualiti yang
luar biasa
- Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Vitamin D -
Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta
Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E -
Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi
imunisasi*
Kalsium -
Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron -
Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam
perkembangan tulang*
Magnasium -
Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan
darah normal dan denyutan jantung*
Biotin -
Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain -
Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*
______________________________________________________________________________
Dan ini pula cerita Pn Norita di blognya, yang sudah
hampir 11thn mengamalkan Shaklee dan dia sendiri akui Vitalea mmg layak menjadi
killer product... Ini cerita bagaimana dia sangat sukakan Vitalea ini..
kepentingan kepada ibu hamil,berpantang.. menyusu.. JOm baca...
"............Masih teringat 4 tahun
dulu....masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu
excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak
berpada...dan lupa yang diri tu menyusukan anak....yang merana si kecil la.
Perut dia jadi meragam....bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab,
nenas tu tajam...anak memang sakit perut sebab bisa nenas tadi. Lepas tu bidan
saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus elakkan demi niat
nak menyusukan anak. Selain nenas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab
apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya
dengan susu badan ibunya.
Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin
terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk
senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi beliau mula percaya apabila berat
Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.Memang perkembangan
Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya....kelahiran Nasa adalah melalui
proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya
elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.
Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji
sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi
mereka yang sihat, sebiji dah memadai.
Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab
1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan
kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi
masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan
rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin
dan semua garam galian yang diperlukan.
4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam
pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya
benar-benar sembuh.
Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea
sebiji sehari sahaja...pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu
asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana
taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan
multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada
multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk
zat besi?" Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang
berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com
supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin
yang saya amalkan.
Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr
Cheah....beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan
susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi
perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas
6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak
pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan.
Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh
kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur
mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi
masalah.
________________________
Ingin mencuba vitalea di atas pada harga
istimewa ?Sila
emelkan kepada seeha_a@yahoo.com | sms 013-9220486
0 comments:
Post a Comment