Sebenarnya hajat saya ke US adalah pertama kerana perasaan yang memuncak untuk melawat HQ shaklee setelah mamacery share entry blog tentang bangunan HQ shaklee dimana ia adalah bangunan pertama di US yang dibina dengan 0% impak kepada alam sekitar. Ia adalah bagi memenuhi konsep muka bumi yang selari dengan komitmen dan prinsip shaklee iaitu hidup harmoni dengan alam semulajadi.
Pada 22 0gos 2014 impian itu menjadi realiti. Setibanya rombongan Shaklee Malaysia disana, ia disambut dengan tepukan gemuruh oleh staff shaklee. Hamparan permaidani merah jelas kelihatan sebagai tanda penghargaan. Perasaan?? Sangat terharu kerana disambut sebegini rupa dan tepukan itu adalah tanda penghargaan di atas usaha kami selama ini kerana berjaya melonjakkan Shaklee Malaysia di mata dunia.
Masuk jer dalam bangunan kami dihidangkan dengan air Performance Drink dan Cinch Tea panas.
Sesambil minum sambil mendengar ucapan diberikan oleh Senior Vice President iaitu Mr Justin Rose.
Beliau juga telah memperkenalkan barisan Saintis Shaklee yang terdiri dari golongan doktor, farmasis, dietitian dan nutritionist. Bukan calang-calang kerana background mereka adalah dari lulusan Universiti hebat dan pengalaman bekerja mereka ada yang melebihi 20tahun. Kagum dan bangga kerana kita telah memilih makanan tambahan yang berkualiti untuk tubuh badan kita sendiri.
Kemudian, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri dalam 15 orang untuk melawat setiap isi dalam bangunan shaklee. Gambar-gambar dibawah adalah yang sempat dirakamkan semasa berada disana.
Sekitar gambar di bilik CE0 Shaklee, Mr Roger Barnett.
Bersama-sama geng-geng gojes shaklee. Sempat bermesyuarat sebelum meneruskan misi bergambar yang seterusnya.
Disekitar perkarangan Shaklee depan pintu masuk.
Kami pun terpaksa berkejar masa kerana petangnya kami akan naik flight untuk bertolak balik ke Malaysia. So, setakat ini dulu perkongsian selama saya berkunjung ke HQ Shaklee. Insyaallah trip US biasanya shaklee akan buat 2tahun sekali. Impian saya, Insyaallah 2 tahun lagi saya akan bawak sekali suami, anak2 serta anak- anak buah shaklee dibawah susur galur saya datang kesini. Aminnnn.







0 comments:
Post a Comment