Tips pemakaian Enfuselle?

09 December 2012

Tips pemakaian Enfuselle?

kalau anda sedang menggunakan Enfuselle set (khas utk kulit normal dan tidak berminyak).boleh la ikut jadual penggunaan seperti di bawah. Elok diamalkan selepas bangun pagi dan sebelum tidur.

1) cuci muka dengan menggunakan Enfuselle Purifying Cleanser Gel. dengan cara mencalit sedikit sahaja gel pencuci ke atas telapak tangan anda. Kemudian campurkan dengan air bersih dan gosok2 sehingga berbuih . kemudian terus ratakan dan cuci ke seluruh wajah anda (elakkan bahagian mata yer)

2) Kemudian selepas bilas muka dengan air bersih.Titiskan Enfuselle Purifying Toner ke atas kapas muka, dan sapu ke seluruh kulit muka dan leher. Purifying Toner bertindak untuk menyegar dan merangsang kulit sebagai persediaan rawatan .

(leher pon kena juga nanti muka je berseri2x ,leher berdaki pulak )


3) Kemudian ,calit sedikit Enfuselle Balancing Moisturizer agar kulit muka sentiasa lembab .
(balancing moisturizer neh mmg best lah, memang light je tak melekit, sesetengah moisturizer lepas kita pakai rasa berminyak . yang neh mmg sgt light dan tak oily! lepas pakai cuba picit2 muka anda ..rasa licin dan smooth je tauuuu) saya mmg jatuh chenta sangat2x dengan Balancing Moisturizer ini. Mengikut pengalaman saya, Ia Setanding dengan branded product yang saya pernah pakai sebelum ini.

Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
Terbukti secara klinikal:
146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
Hipoalergenik

4) Last sekali,boleh la pakai bedak compact atau loose powder peberet anda yer. kalau muka dah berseri2x pakai bedak muka biasa  pon akan jadi glowing juga ..insyaALLAH dengan izinnya.

 
Selain dari kecantikan luar, Kita juga perlu menjaga kecantikan dari dalam.Umpama kita menanam pokok juga ,sudah semestinya kita perlu siram air dan beri baja untuk tanaman membesar dengan sihat, begitu juga dengan kulit wajah . wajah dan seluruh tubuh kita juga ibarat pokok. 

Jadi kepada yang bermasalah dengan kulit muka, boleh cuba tips ini.
Elakkan makanan yang berminyak, Amalkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan nutrisi dalam diet harian anda.

Credit from super green vitamin







Pin It

0 comments:

Post a Comment